RENUNG DAN FAHAMI HADITH INI ......

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar RASULULLAH SAW telah bersabda; Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah EMAS dan PERAK [untuk digunakan]. Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Monday, April 19, 2010

"YUAN BAO" UNTUK DIJUAL

Assalamualaikum....
Ingat lagi tak N3 saya tentang YUAN BAO - koleksi kesayangan saya. Atas alasan yang tertentu, saya terpaksa melepaskan YUAN BAO ni. So, kepada sesiapa yg berminat, boleh SMS saya untuk offer your best  PRICE !!!

NAMA : YUAN BAO
JENIS EMAS : 999
BERAT : 1.89G
HARGA BUKA : RM450


Thursday, April 8, 2010

EMAS

Assalamualaikum ..... salam buat semua sahabat emas.

Dah lama tak update blog saya ni .... bukan sudah hilang minat pada EMAS cuma mendiamkan diri buat sementara waktu. Muhasabah diri .... moga-moga tak terbuai dek kilauan EMAS. Buat kawan-kawan yang semakin maju .... tahniah!!! Pada yang masih bertatih macam saya, jangan cepat berputus asa. Masih ada peluang dan waktu utk kita.... Yang penting, belajar & ambil iktibar setiap detik pengalaman yang kita tempuhi. Entry ni sebenarnya utk berkongsi pengalaman saya selama beberapa bulan dalam mengenali EMAS.

Dengan EMAS, kita ramai dapat kawan. Kawan yang satu minat...satu haluan. Tapi adakah kita mendapat kawan yang sebenar-benarnya kawan atau sekadar kawan sewaktu kita senang utk kawan menjual / membeli EMAS. Bila saat susah ....kawan pun hilang!!! Mungkin ramai yang tak setuju dengan apa  yang saya katakan... ini adalah hak masing2. FIKIR & ZIKIR....

Ada segelintir kawan-kawan EMAS yang saya lihat mengambil kesempatan atas kesempitan orang lain. Bila jual .... harga tak boleh kurang... sehinggit pun x boleh!! Betul2 fikir utk dpat untung yg byk semata-mata. Tp bila pembeli tu nak jual balik ... mtk beli dgn "buying price". Oppps, kalau ada yg terasa, jgn mara rrr. Mungkin ada yg kata " adatlah... dah ada arge jual / beli". Klau kitalah ditempat org yg ter"kena" tadi... apa perasaan kita agaknya, yea??? FIKIR...FIKIRKAN LAH....

Jgn kerana EMAS, kita punya ramai MUSUH.
Jgn kerana EMAS, kita jadi TAMAK HALOBA.
Jgn kerana EMAS, kita RIAK dan ALPA.

Biarlah EMAS itu menjadi diri kita lebih dekat pada Yang Esa ... kerana dia yang MAHA PEMURAH ... memberi kekayaan EMAS pada kita....

Tuesday, March 2, 2010

JUALAN HANGAT 1 DINAR!!!! MARI..MARI...

     
1 kpd  Dinar Muslim (DM) - RM 540  (sold out)
1 kpg Public Dinar (PD) - RM 540 (sold out)
3 kpg Dinar Kelantan (DK) - RM 535 / kpg (sold out)
2 kpg 1g PohKong - RM 170 / kpg (sold out)

Monday, February 22, 2010

1G Bar Gold - Hand Made from Bangkok

Koleksi ni baru jer terima semalam. Ingatkan dah tak sampai dah... lama tul nak dapat order ni. Lebih kurang 3 minggu. Gold Bar ni ada white / pink cert...so memang confirm .999 gold. Cert cantik... high quality cert... keras cam card atm kita. Siap ada gambo lagi... Nice one. Memang RUGI kalau tak beli!!!!  
Utk semua yang berminat utk dapatkan RARE ITEM ni - arge murah & mampu milik. Cuma RM180 SHJ.  Sms details anda 012-7484378.

Sunday, January 24, 2010

1G POH KONG .... KECIL TAPI MENAWAN















Ini koleksi terbaru yang saya beli dr POH KONG cawangan Johor Bahru. 1g - POH KONG BUNGA RAYA .... kecil tapi menawan hati. Saya sanggup tunggu lama untuk dapatkan koleksi ini. Tapi sekali dapat sampai 15 KEPING!!! Kecil tapi berbaloi .....

Wednesday, January 20, 2010

"YUAN BAO"


Salam .....
Sekadar berkongsi dgn sahabat2 semua .... inilah koleksi kesayangan - "YUAN BAO". Mungkin kerana bentuknya unik dan menarik, saya tertarik hati untuk membelinya. Hehehe...minat punya pasal takpe la....

Bagi masyarakat Melayu, emas adalah emas. Tapi bg masyarakat Cina pula, emas spt ini ada maksud dan pengertian yang tersendiri. "YUAN BAO" bg kaum Cina akan memberi tuah dan kemurahan rezeki dari segi kewangan & kekayaan.

Emm ... terpulang pada kepercayaan masing2. Saya cuma peminat emas ... simpan untuk mempelbagaikan koleksi yang ada. Yang penting ....kita kena letak kepercayaan kita pada yang SATU... kerana DIA saja yang MAHA segala-galanya. 

Saturday, January 16, 2010

RANTAI TANGAN BARU 916 - RM132 / nett




Panjang : 17cm
Berat : 9.90g
Harga : RM 132 x 9.90g = RM 1306.00
(SOLD OUT)















Panjang : 18cm
Berat : 7.29g
Harga : RM 132 x 7.29g = RM 962.00