RENUNG DAN FAHAMI HADITH INI ......

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar RASULULLAH SAW telah bersabda; Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah EMAS dan PERAK [untuk digunakan]. Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Thursday, April 8, 2010

EMAS

Assalamualaikum ..... salam buat semua sahabat emas.

Dah lama tak update blog saya ni .... bukan sudah hilang minat pada EMAS cuma mendiamkan diri buat sementara waktu. Muhasabah diri .... moga-moga tak terbuai dek kilauan EMAS. Buat kawan-kawan yang semakin maju .... tahniah!!! Pada yang masih bertatih macam saya, jangan cepat berputus asa. Masih ada peluang dan waktu utk kita.... Yang penting, belajar & ambil iktibar setiap detik pengalaman yang kita tempuhi. Entry ni sebenarnya utk berkongsi pengalaman saya selama beberapa bulan dalam mengenali EMAS.

Dengan EMAS, kita ramai dapat kawan. Kawan yang satu minat...satu haluan. Tapi adakah kita mendapat kawan yang sebenar-benarnya kawan atau sekadar kawan sewaktu kita senang utk kawan menjual / membeli EMAS. Bila saat susah ....kawan pun hilang!!! Mungkin ramai yang tak setuju dengan apa  yang saya katakan... ini adalah hak masing2. FIKIR & ZIKIR....

Ada segelintir kawan-kawan EMAS yang saya lihat mengambil kesempatan atas kesempitan orang lain. Bila jual .... harga tak boleh kurang... sehinggit pun x boleh!! Betul2 fikir utk dpat untung yg byk semata-mata. Tp bila pembeli tu nak jual balik ... mtk beli dgn "buying price". Oppps, kalau ada yg terasa, jgn mara rrr. Mungkin ada yg kata " adatlah... dah ada arge jual / beli". Klau kitalah ditempat org yg ter"kena" tadi... apa perasaan kita agaknya, yea??? FIKIR...FIKIRKAN LAH....

Jgn kerana EMAS, kita punya ramai MUSUH.
Jgn kerana EMAS, kita jadi TAMAK HALOBA.
Jgn kerana EMAS, kita RIAK dan ALPA.

Biarlah EMAS itu menjadi diri kita lebih dekat pada Yang Esa ... kerana dia yang MAHA PEMURAH ... memberi kekayaan EMAS pada kita....

2 comments:

  1. kawe bersetuju 112% ngan demo encik idayu..sungguh syahdu post demo ari ni

    ReplyDelete