RENUNG DAN FAHAMI HADITH INI ......

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar RASULULLAH SAW telah bersabda; Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah EMAS dan PERAK [untuk digunakan]. Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Thursday, December 17, 2009

Macam Mana Saya Tahu Pasal Emas.....???



Saya mula berkenalan dengan emas ni dari E-book En.Syukor. Pada hal sebelum ini saya ada mendengar tentang "bar gold" @ wafer...tapi tak tahu mana nak mula....Gerak hati saya cukup kuat utk membeli e-book tu ...dan dari situlah permulaannya pengenalan emas dalam hidup saya....
Selama ni saya selalu menganggap membeli emas ni membazir...sebab adik saya terlalu suka tukar2 barang kemas emasnya kalau balik kampung.
Maklum la.... saya ni anak jati Terengganu berloghat Kelantan...hehee.. 
Rupanya sangkaan saya salah!!! Emas adalah suatu ciptaan Tuhan yang bernilai dan tidak akan luput walau berzaman.... 

Bila dah baca E-book tu, saya mula menganalisa semua ilmu yang ada. Bagi saya...tak cuba tak tahu. Ilmu dari membaca saja tak cukup...kita kena buat, jadi pengalaman akan lebih banyak mengajar untuk langkah yang seterusnya ....

Bermula dengan sekeping 20g yang saya beli dari agen PG di Pasir Gudang. Sekarang, Alhamdulillah... simpanan saya dah bertambah. Sekarang saya cuba pelbagaikan simpanan saya. Bukan hanya Public Gold, Dinar Kelantan, Dinar Muslim, Kijang Emas...asal namanya emas, saya akan simpan. Emm...rugi tak ikut nasihat emak saya dari dulu lagi .....

   

No comments:

Post a Comment