RENUNG DAN FAHAMI HADITH INI ......

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar RASULULLAH SAW telah bersabda; Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah EMAS dan PERAK [untuk digunakan]. Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Saturday, January 9, 2010

TIPS UNTUK MENGEKALKAN BARANGAN EMAS ANDA AGAR SENTIASA CANTIK.

Ramai dr kalangan kita yang kurang arif cara2 penjagaan barangan kemas. Moga-moga tips di bawah ini dapat membantu kita untuk menyimpan barang kemas agar sentiasa cantik dan tahan lama.
Meh la kita cuba....

  • Simpan perhiasan dlm bekas berasingan @ di dlm bekas yg lembut utk mengelak barangan kemas bergesel antara satu sama lain, yg boleh mengakibatkan calar pd permukaan barang kemas.
  • Pakai barang kemas anda selepas solekan, wangian & penyembur rambut krn bahan kimia yg terkandung dlm bahan2 ini boleh bertindak balas dgn aloi yg terdapat dlm bahan kemas.
  • Jgn berenang bersama barang kemas anda kerana klorin yg terdapat dlm kolam renang serta garam yang terkandung dlm air laut boleh merosakkan cincin, gelang dan rantai anda. Ini juga boleh memberikan risiko kehilangan barang kemas anda di dlm air.
  • Bersihkan barang kemas anda dgn sekerap mungkin sama ada dgn menggunakan pencuci khusus (boleh didapati di kedai emas) atau dgn air sabun yg suam dan gosok dgn berus gigi lembut utk menanggalakan minyak dan lain2 partikel.
INGAT!!!! Jgn sesekali menggunakan pewarna perak atau serbuk pelelas pd barangan emas anda.
  •  Sentiasa beri perhatian terhadap kancing & lain2 pengunci keselamatan yg ada pada rantai, gelang tangan serta gelang kaki. Jika ia menunjukkan tanda2 kerosakan, hantarkannya untuk dibaiki oleh mereka yg mahir. 

No comments:

Post a Comment